saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Pada 27 November 2008, Y.Bhg. Encik Mohd Noor bin Abd Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM dengan rasminya menerima kompleks PLILD yang diserahkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (SDO). 

IMBASAN SEJARAH

komplekslahaddatu pembinaanSejarah Pusat Latihan Islam Lahad Datu bermula pada tahun 1999, ketika Kerajaan Negeri Sabah telah menganugerahkan sebidang tanah seluas 60 ekar di Silabukan, Lahad Datu. Pemberian ini adalah bertujuan untuk menubuhkan sebuah pusat latihan yang dapat memberi latihan kepimpinan dan kefahaman Islam bagi seluruh Pantai Timur Negeri Sabah.Projek pembinaan kompleks ini dimulakan pada bulan Ogos 1999 dengan kos RM16.878 juta. Malangnya projek ini telah tergendala seketika dan disambung semula pada tahun 2007 dengan kos tambahan sebanyak RM 9.33 juta.

Buat sementara waktu, bagi melaksanakan program latihan tersebut, sebuah pejabat sementara telah dibuka di Bandar Lahad Datu pada bulan Februari 2006. Pada masa kini, PLI Lahad Datu menjalankan operasinya dengan menyewa di sebuah lot perniagaan di Tingkat 1 & 2, Metro Shopping Kompleks, Jalan Kiambang, Lahad Datu. Lot perniagaan tersebut hanya dimuatkan untuk pejabat pentadbiran dan sebuah bilik yang dijadikan dewan kuliah bagi kegunaan program-program yang dilaksanakan di sekitar Lahad Datu.

penyerahankompleksPada 27 November 2008, Y.Bhg. Encik Mohd Noor bin Abd Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM dengan rasminya menerima kompleks PLILD yang diserahkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (SDO). Kompleks yang mula dibina sejak tahun 2002 akhirnya siap dibina walaupun lewat dari jadual asal iaitu tahun 2004 dan akan memulakan operasi di kompleks tersebut pada tahun 2009.

 

VISI

Menjadi Peneraju Latihan Islam di Negeri Sabah

MISI

Beriltizam Membangun Kompetensi dan Kemahiran Berteraskan Islam

OBJEKTIF

Melahirkan pengurusan hal ehwal Islam dan penjawat awam yang bertakwa, kompeten dan cekal menghadapi cabaran

FUNGSI

Melahirkan para profesional dalam pengurusan hal ehwal Islam melalui latihan, bengkel, seminar, simposium dan sebagainya.

TENAGA PENCERAMAH

  • Pegawai-pegawai JAKIM
  • Penceramah JHEAINS dan USIA
  • Penceramah INTAN Sabah
  • Pensyarah Universiti dan Institusi Perguruan

Pegawai-pegawai Kerajaan

  • Guru-guru Sekolah
  • Guru-guru Takmir dan Penyelia KAFA

KUMPULAN SASAR

Golongan sasar adalah seluruh masyarakat negeri Sabah yang terdiri daripada :

  • Guru KAFA
  • Guru Takmir
  • Pegawai / Kakitangan JHEAINS
  • Jabatan Kehakiman Syarie Malaysia
  • Jabatan Mufti Negeri Sabah
  • Majlis Ugama Islam Sabah
  • KAGAT
  • Kader pos Jakim di Jabatan dan Agensi
  • Penggerak Dakwah Masyarakat
  • NGO Islam di Sabah

KEMUDAHAN

Blok Pentadbiran

  • Pejabat Am
  • Bilik Pengetua
  • Billik Pegawai dan Pembantu Pegawai
  • Bilik Mesyuarat
  • Pusat Sumber
  • Makmal Komputer
  • Bilik kuliah utama
  • Bilik kuliah kecil
  • Perpustakaan

 asramapeserta  surau

  • Dewan sukan
  • Blok Asrama Lelaki dan Wanita
  • Dewan Makan Peserta
  • Surau
  • Rumah tetamu
  • Rumah-rumah Pegawai dan kakitangan
  • Padang bola