saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
 
Jakim Cawangan Sabah telah berjaya menganjurkan Majlis Ihtifal KAFA Peringkat Sabah tahun 2013 pada 26 hingga 27 Oktober 2013 bertempat di Likas Square dan Auditorium KPKPS. Majlis Ihtifal ini disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Haji Mohd Arifin Bin Haji Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah. Turut hadir ialah Ustaz Azizan Bin Mohamad, Bahagian Kemajuan Islam (BKI) Jakim dan Ustaz Halim Bin Ahmad, Pengarah Jakim Cawangan Sabah.
 
Majlis ini dimulakan dengan pertandingan ko-kurikulum. Peserta terdiri daripada murid-murid mewakili 6 Bahagian dari Seluruh Sabah iaitu Bahagian Tawau, Sandakan, Pantai Barat Utara, Pantai Barat Selatan, Pedalaman Atas dan Pedalaman Bawah yang sebelum itu telah memenangi acara masing-masing diperingkat Bahagian. Acara-acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran, Syarahan, Khat dan Nasyid untuk kategori murid lelaki dan perempuan.
 
Kemuncak bagi acara ini ialah penyampaian hadiah kepada pemenang. Johan Tilawah lelaki ialah adik Ahmad bin Mohamad mewakili Bahagian Sandakan dan Johan perempuan ialah adik Aini Nur Aqilah Zabidi dari Bahagian Pantai Barat Selatan. Bagi acara Syarahan, Johan lelaki ialah adik  Rafizi Ilhan Lee Bin Ramli dan Johan bagi perempuan ialah Izzdiyani Irnatasha kedua-duanya mewakili Pantai Barat Utara disusuli Pertandingan Khat lelaki Johan ialah adik Mohd Asyraf Faiman Bin Husain dari Bahagian Pedalaman Bawah dan Johan perempuan ialah adik Nur Alisha Binti Madlan dari Bahagian Pedalaman Atas.
 
Bagi acara Nasyid lelaki dimenangi oleh kumpulan Soutul Faez dari Bahagian Pantai Barat Utara dan Johan Nasyid perempuan dari kumpulan Nur Nazihah dari Bahagian Sandakan. Bahagian Pantai Barat Utara pula telah diumumkan sebagai Bahagian Terbaik kerana telah memenangi 3 dari keseluruhan acara yang dipertandingkan. Semua peserta yang menang akan mewakili Sabah ke Ihtifal KAFA Peringkat Kebangsaan bertempat di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok Kedah.