saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
 
 
24 Nov 2013 (Ahad) – JAKIM melalui Bahagian Dakwah bersama Yayasan Taqwa, MAIWP telah mengadakan Program Ekspedisi Hijrah Dakwah Bil Hal Ke Nabawan Sabah 1435H bertempat di Tapak Tamu, Nabawan dalam daerah Keningau, Sabah. Program ini juga mendapat kerjasama erat daripada Jakim Cawangan Sabah, JAHEINS, Pejabat Daerah Nabawan, Majlis Daerah Nabawan, YADIM Zon Sabah, PPD Nabawan, PDRM, Jabatan Penerangan Keningau, RELA dan Pusat Zakat Sabah.
 
 
 
Program ini merupakan kesinambungan program pada 2012 yang telah dilaksanakan di daerah Pitas, Sabah. Majlis ini turut disertai oleh peserta Kembara Hijrah 2013.
 
Program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Mohd Ariffin Bin Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah. Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau merakamkan penghargaan kepada pihak JAKIM kerana memilih daerah Nabawan sebagai destinasi Ekspedisi Hijrah Dakwah Bil Hal pada tahun ini. Beliau mengharapkan program ini menjadi acara tahunan untuk destinasi terpilih di negeri Sabah.  
 
Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Haji Ali Bin Mohammed, Pengarah Bahagian Dakwah, YBhg Ustaz Mohd Sidiq Bin Awang Adi, Timbalan Pengarah JAHEINS, YBhg Ustaz Halim Bin Ahmad, Pengarah Jakim Cawangan Sabah, YBhg Tuan Haji Zabidi Bin Nasan, Pengurus Besar Yayasan Taqwa dan Tuan Rancong Amin, Penolong Pegawai Daerah Nabawan.
 
Majlis dimulakan dengan forum bertajuk “Hijrah Dalam Konteks Kemerdekaan” yang dipengerusikan oleh Ustaz Shamsuri Bin Ghazali, Penolong Pengarah Jakim Cawangan Sabah. Ahli panel pula terdiri daripada Ustaz Norjeli Bin Haji Dais, Penolong Pengarah Kanan Jakim Sabah dan Ustazah Lilis Mulyani Maamun, Penolong Pengarah JAHEINS.
 
Turut disampaikan bantuan persekolahan, sumbangan daging lembu dan keperluan dapur yang telah disumbangkan oleh pihak Yayasan Taqwa.
 
Rata-rata yang hadir begitu teruja dan gembira dengan kesudian pihak Jakim khususnya memilih Nabawan sebagai destinasi untuk program pada tahun ini. Semoga sinar Islam terus berkembang di bumi Negeri Di Bawah Bayu.