saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
 
Jakim melalui Bahagian Dakwah telah bekerjasama dengan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Hal Ehwal Islam Sabah, Jabatan Pendidikan Sarawak, Jabatan Pendidikan Sabah, Jakim Sabah dan Jakim Sarawak telah menganjurkan program Multaqa Guru-Guru Agama Peringkat Negeri Sabah dan Sarawak yang berlangsung 2 dan 9 November 2013.
 
 
Program ini hasil cetusan idea YBhg Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM, Dato’ Haji Razali Bin Shahabudin dan menjadi KPI bagi Bahagian Dakwah. Multaqa ini menggariskan beberapa objektif antaranya untuk menjadikan Guru-Guru Agama di Sabah dan Sarawak sebagai kader dakwah yang akan menyampaikan dakwah kepada masyarakat secara lebih dekat.
 
Program ini turut mendapat perhatian oleh YB Ir Haji Daud Bin ABd Rahman, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri yang sudi hadir merasmikan program ini di Pusat Latihan Sarawak, Telaga Air, Kuching. YB Haji Daud di dalam ucapannya menghargai usaha baik penganjur yang proaktif untuk membantu mempercepatkan perkembangan dan pembangunan Islam khususnya di wilayah Borneo Sabah dan Sarawak.
 
Multaqa ini telah berjaya menghimpunkan 500 orang Guru-Guru Agama di Negeri Sabah dan 500 orang Guru-Guru Agama di Negeri Sarawak. Sebanyak 6 kertas kerja telah dibentangkan oleh para pembentang yang berkaliber dan menampilkan isu-isu semasa berkaitan Islam. Semoga usaha ini akan diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.
 
 
  1. Multaqa Guru-Guru Agama Peringkat Negeri Sabah
Tarikh              : 2 November 2013
Tempat            : Auditorium, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kota Kinabalu.
 
Kertas Kerja 1
“Isu Kalimah Allah : Isu dan Cabaran”
Oleh : YBhg Ust Mohd Rasyidi Bin Jamil (Bhgn Penyelidikan, Jakim)
 
Kertas Kerja 2
“Pendedahan Penyelewangan Syiah di Malaysia”
Oleh : YBhg Ust Jamali Bin Mohd Adnan (Bhgn Penyelidikan, JAIS)
 
Forum
“Guru Sebagai Daie dan Murabbi”
Oleh : Tuan Haji Samin Haji Ongki (YADIM, Sabah) & Ust Norjili Mohd Dais (Jakim Sabah)
 
  1. Multaqa Guru-Guru Agama Peringkat Negeri Sarawak
Tarikh              : 9 November 2013
Tempat            : Pusat Latihan Sarawak, Telaga Air, Kuching, Sarawak.
 
Kertas Kerja 1
“Ancaman Kristianisasi di Malaysia : Isu & Cabaran”
Oleh : YBhg Tuan Haji Abdul Karim Omar (MUAFAKAT)
 
Kertas Kerja 2
“Pendedahan Penyelewangan Syiah di Malaysia”
Oleh : YBhg Ust Jamali Bin Mohd Adnan (Bhgn Penyelidikan, JAIS)
 
Kertas Kerja 3
“Guru Sebagai Daie dan Murabbi”
Oleh : Ybhg Prof Dato Dr Abdul Halim Tamuri (Rektor, KUIS)