saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Pada 8 Oktober 2013 baru-baru ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Penasihat Pusat Latihan Jakim Cawangan Sabah Kali Ke-3 bertempat di TH Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Mesyuarat pada kali ini telah dipengerusikan oleh Dato' Haji Razali Bin Shahabuddin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim yang mewakili Dato' Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim.

Mesyuarat yang objektifnya bagi memperkemas dan memperkukuhkan lagi dasar serta operasi pusat-pusat latihan seluruh Jakim Cawangan Sabah itu telah dihadiri oleh 13 orang ahli lembaga penasihat, antaranya ialah ACP K/S Prof. Madya Datuk Dr. Kasim Haji Md. Mansur, Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni) UMS, Dr. Razaleigh Muhamat @ Kawangit, Ketua Jabatan Dakwah dan Kepimpinan UKM, Hajah Saimah Binti Mokhtar, Pengarah Bahagian Pembangunan Insan Jakim, Tuan Mohd Hamzah Bin Ismail, Penasihat Undang-Undang Jakim, wakil Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, wakil Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan JPA, Pengarah Jakim Sarawak dan Pengarah Jakim Sabah.

Dalam perutusan pengerusi, Dato' Haji Razali telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli lembaga penasihat yang hadir kerana sudi untuk melapangkan masa bagi membantu pusat-pusat latihan Jakim Sabah. Pelbagai idea bernas dan sumbang saran telah dilontarkan oleh para idealis dan ilmuan ini dalam mesyuarat dua kali setahun itu. Mesyuarat turut merakamkan penghargaan kepada bekas ahli lembaga penasihat yang telah kembali ke rahmatullah, Allahyarham Tuan Faisal Bin Ahmad Sabri, bekas Penasihat Undang-Undang Jakim.

Mesyuarat yang berlangsung lebih 3 jam itu telah dibentangkan dengan 4 kertas cadangan dan 3 kertas makluman. Kesemua kertas cadangan tersebut telah dibentangkan oleh Pengarah Jakim Sabah sendiri, Ustaz Halim Bin Ahmad.

 

dsc 1671

Ahli Mesyuarat Lembaga Penasihat Pusat-Pusat Latihan Jakim Sabah ke 13 membingkai kenangan bersama

 

dsc 1611

Pengarah Jakim Sabah beramah mesra bersama TKP Pembangunan Insan Jakim

 

5

Mesyuarat Lembaga Penasihat Pusat-Pusat Latihan Jakim Sabah ke 13 sedang berlangsung

 

dsc 1660

Kesepakatan bersama

 

dsc 1662

Perbincangan bagi mendapatkan keputusan untuk kepentingan ummah