saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Cawangan Sabah melalui Unit KAFA telah menganjurkan bengkel di atas pada 10 – 13 April 2014 bertempat di Pusat Latihan Islam Kundasang, Ranau. Seramai 80 orang peserta terdiri daripada Penyelia dan Guru KAFA penggubal soalan telah menghadiri bengkel tersebut.

Bengkel ini bertujuan untuk memurnikan soalan yang telah digubal untuk digunakan dalam peperiksaan semester 1, semester 2 dan percubaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2014 di semua kelas KAFA. Mereka juga menyediakan skema jawapan bagi semua subjek yang digubal sebagai panduan kepada guru pemeriksa kertas. Mereka telah diberi tugasan menggubal soalan mengikut subjek dan tahun setelah mereka menghadiri kursus penggubalan soalan yang lepas.

Jakim Cawangan Sabah telah menjemput 2 orang fasilitator dari kalangan Pegawai dan Penyelia untuk menjayakan pelaksanaan bengkel ini. Majlis penangguhan pula telah disempurnakan oleh Ustazah Khairunnisa' binti Yusof, Penolong Pengarah Unit KAFA (Kurikulum), Jakim Cawangan Sabah.

 

20140413 094123

Ustazah Khairunnisa' binti Yusof, Penolong Pengarah Unit KAFA (Kurikulum)

20140411 082545

Antara peserta memurnikan soalan

20140411 082650

Pemurnian Soalan Subjek Aqidah