saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Pada 2 hingga 4 November 2013, Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama JHEAINS Daerah Kecil Tamparuli telah mengadakan Ijtimak Penggerak Masyarakat Saudara Kita (PMSK) Jakim Cawangan Sabah 2013 dan Program Mesra Desa di Kampung Kiwoi, Tamparuli.

Program ini telah mengumpulkan semua Penggerak Masyarakat Saudara Kita (PMSK) Jakim Cawangan Sabah dilapangan agar mereka dapat menyelami kehidupan masyarakat kampung dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat kepada masyarakat serta mengeratkan silaturrahim yang sedia terjalin.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Ustaz Halim bin Ahmad, Pengarah Jakim Cawangan Sabah. Turut hadir ialah Y.Bhg. Tuan Haji Samin Ongki, Pengarah YADIM Zon Sabah, Y.Bhg. Ustaz Sufian bin Kundu, Pegawai Perhubungan JHEAINS Daerah Kecil Tamparuli dan Pimpinan Kampung Kiwoi.

Antara pengisian yang dijalankan ialah tayangan video, sukaneka, halaqah, pertandingan ilmiah seperti klinik al-Fatihah, azan, melukis, mewarna, mini forum dan tazkirah. Majlis penyerahan sumbangan berupa keperluan dapur turut diaksanakan kepada masyarakat kampung yang memerlukan.

 

dsc 2340

Aktiviti senam pagi bersama masyarakat Kampung Kiwoi, Tamparuli

 

dsc 2370

Sesi Halaqah dan Klinik Al-Fatihah

 

dsc 2622

Sukaneka antara masyarakat kampung dan Penggerak Masyarakat Saudara Kita

 

dsc 2330

Sesi kuliah Maghrib dan tayangan video