saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Khamis (13 Mac 2014) – Ops mencari dan menyelamat penumpang, krew dan pesawat penerbangan MAS (MH370) dari Kuala Lumpur ke Beijing, China hari ini telah memasuki hari ke-6 operasi. Ia telah dilancarkan secara besar-besaran oleh kerajaan Malaysia dan turut dibantu oleh negara-negara kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan China. Pelbagai pihak termasuk pakar penerbangan dari seluruh dunia sedang sibuk berbincang, meneliti dan cuba sedaya-upaya berusaha untuk menjejaki MH370, namun kehilangan pesawat Boieng 777 itu terus menjadi misteri dan meninggalkan seribu tanda tanya kepada dunia.

Sehubungan dengan itu, sebagai tanda masyarakat muslim yang beriman dan prihatin, Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah telah menganjurkan majlis solat hajat, bacaan surah saasin dan doa selamat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan seluruh anak kapal, penumpang dan pesawat MH370. Penganjuran majlis ini juga bertujuan untuk menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat melalui bacaan doa selamat secara beramai-ramai.

Majlis berkenaan telah diadakan di surau Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS), Kota Kinabalu, Sabah. Hampir 200 orang warga KPKPS dan orang ramai yang beragama islam telah hadir ke majlis ini. Selepas selesai menunaikan solat fardhu zohor dan solat hajat secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Haji Hairumi Bin Husin (Penyelia KAFA Jakim Sabah), majlis diteruskan pula dengan bacaan surah yaasin dan doa selamat yang dikendalikan oleh Ustaz Hamsah Bin Sulaimana (Penyelia KAFA Jakim Sabah).

Majlis tersebut telah mendapat liputan dari beberapa media tempatan di Sabah. Turut hadir ialah Y.Bhg. Dato' Abu Bakar Bin Hassan, Setiausaha Persekutuan Sabah dan Al-Fadhil Ustaz Halim Bin Ahmad, Pengarah Jakim Cawangan Sabah. Semoga majlis yang diadakan ini menyumbang kepada usaha mencari dan menyelamat semua yang menaiki MH370 tersebut. Segala munajat dan pengharapan yang tinggi hanya disandarkan kepada Allah S.W.T yang maha berkuasa lagi maha mengetahui. Doa dan harapan kita agar pesawat tersebut dijumpai dan kesemua penumpang dan anak kapal berada dalam keadaan selamat, amiin.

 

 dsc 3499

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Dan Pengarah Jakim Sabah Sama-Sama Menadah Tangan Mendoakan MH370

 

dsc 3493

Jemaah Di Hadiri Oleh Kakitangan Kerajaan Dan Orang Awam Yang Berurusan Di KPKPS

 

dsc 3492

Solat Sunat Hajat Yang Di Imamkan Oleh Us Hairumi Dari Jakim Sabah

 

dsc 3486

Kelihatan Setiausaha Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah Bersalaman Dengan Pengarah Jakim Sabah