saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Pada 22 April 2014 baru-baru ini, Jakim Cawangan Sabah telah menyertai acara Pameran Sempena Karnival Perpaduan 1Malaysia bertempat di Pekan Kundasang, Ranau. Karnival yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah itu telah menarik minat dan kehadiran hampir 1,000 orang masyarakat awam. Majlis perasmian karnival berkenaan telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajjah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid, Menteri Pembangunan Masyrakat Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah. Turut hadir ialah Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato' Abu Bakar Bin Hassan dan Pengarah JPNIN Sabah.

Acara Pameran "Hari Bertemu Pelanggan" kali ini telah menyaksikan penyertaan hampir 25 buah agensi kerajaan negeri dan persekutuan. Program turun padang Jakim Cawangan Sabah diwarnai dengan sesi penerangan mengenai fungsi dan operasi jabatan dan semua insituti latihan, pameran serta jualan buku-buku terbitan Jakim, pengenalan kepada laman sesawang jabatan, aplikasi android MyJakim dan Klinik al-Fatihah. Objektif utama pameran adalah untuk merapatkan jurang antara agensi kerajaan dengan masyarakat, turun padang mendekati, merasai denyut nadi dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat sekaligus mengurangkan stigma masyarakat mengenai karenah biroksi ketika berurusan di pejabat-pejabat kerajaan.

Pelbagai lagi acara lain turut diadakan seperti pertandingan-pertandingan gubahan hantaran, mengupas pinang, masakan sayuran hasil hutan/tanah tinggi/ikan sungai, pameran kereta berhias (Volkswagen), pertandingan kreatif dan inovatif, kuiz dan derma darah.

IMG 0360

Sekitar gerai pameran agensi yang terlibat

IMG 0328

IMG 0364

Majlis perasmian Sempena Karnival Perpaduan 1 Malaysia

 

IMG 0394

IMG 0401

YB Datuk Hajjah Zainab melawat ke gerai Jakim Cawangan Sabah. Kelihatan pengunjung sedang mengikuti Aktiviti Klinik Al Fatihah.

 

IMG 0440

Sesi temu ramah RTM Sabah bersama Ustaz Mohd Fadhli bin Mohd Yusof, Penolong Pengarah unit Penerbitan dan Perhubungan Awam Jakim Cawangan Sabah

IMG 0448

Pengunjung melawat gerai Jakim Cawangan Sabah