saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

 

Kini, Jakim Cawangan Sabah bakal mempunyai laman portal yang tersendiri. Kerja-kerja pengemaskinian maklumat dalam portal berkenaan telah berada di peringkat akhir. Dalam tempoh 1 hingga 2 bulan dari sekarang ia bakal dilancarkan secara rasmi. Sehubungan dengan itu, pada 21 hingga 22 Mei 2014 yang lalu, seramai 14 orang kakitangan dari seluruh Sabah telah dilantik dan diberi latihan sebagai webmaster portal Jakim Cawangan Sabah bertempat di makmal komputer, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) Bahagian Pencen Cawangan Sabah, Kota Kinabalu.

Para tenaga pengajar dijemput khas dari Putrajaya terdiri daripada Puan Nor Mazia Binti Mohd Kaharuddin dan Ustaz Mohd As'ari Bin Abdan dari Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) Jakim serta Mohd Sham Bin Md. Idris, Pegawai Teknologi Maklumat, Kementerian Kesihatan Malaysia. Sepanjang 2 hari kursus, mereka telah memberikan yang terbaik dari aspek maklumat, kaedah, kemahiran dan bimbingan kepada para peserta yang majoritinya merupakan webmaster jabatan yang baru.

Antara pengisian kursus termasuklah Pengenalan Kepada Open Source Joomla, Pengenalan dan Panduan Kepada Content Management Framework (CMF) Portal Jakim Cawangan Sabah serta Pengenalan Kepada Adobe Photoshop. Majlis Penangguhan dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Fadhli Bin Mohd Yusof, wakil Pengarah Jakim Cawangan Sabah.

 

DSC 4555

Sesi bergambar kenangan di Bangunan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS), Kota Kinabalu

 

DSC 4536

Sesi pengenalan oleh tenaga pengajar

 

DSC 4530

Para peserta sedang menumpukan perhatian

 

DSC 4534

Sesi bimbingan oleh Encik Mohd Sham dan Puan Nor Mazia

 

DSC 4529

"Try and Error"

 

DSC 4547

Wakil peserta, Ustaz Abdul Alhakim (IPDAS) menerima sijil penyertaan dari wakil Pengarah Jakim Cawangan Sabah

 

DSC 4546

Majlis penyampaian cenderahati kepada tenaga pengajar kursus