saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Bahagian Kemajuan Islam (BKI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Peringkat Kebangsaan 2013 pada 02 Jun 2014 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi, Selangor. Majlis ini disempurnakan perasmiannya oleh YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Jabatan Kemajuan Islam Cawangan Sabah telah menghantar 2 orang pelajar yang mempunyai markah tertinggi daripada 33 daerah seluruh Negeri Sabah iaitu adik Mohammad Zulfaizh bin Muhammad Juslin dari Daerah Ranau mempunyai 98.13% dan adik Nur Afrina Hanim binti Muhammad Faiza dari Daerah Tawau 2 mempunyai 99.13 %.

Kemuncak bagi acara ini ialah penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar dan adik Mohammad Zulfaizh bin Muhammad Juslin telah terpilih mendapat Anugerah Perdana Peringkat Kebangsaan kerana cemerlang dalam peperiksaan UPKK dan penglibatan yang aktif dalam kokurikulum.

 

Anugerah Perdana

Adik Mohammad Zulfaizh bin Muhammad Juslin menerima Anugerah Perdana Peringkat Kebangsaan

yang telah disampaikan oleh YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 

Bergambar bersama Ust. Khairunnisa binti Yusof Penolong Pengarah Unit KAFA Kurikulum

Sempat bergambar bersama Ust. Khairunnisa' binti Yusof, Penolong Pengarah Unit KAFA

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah

 

Bergamabr bersama Penyelia Daerah Ranau

Adik Mohammad Zulfaizh bin Muhammad Juslin bersama Penyelia KAFA Daerah Ranau, Us. Rusidi bin Nairi.

 

Penerima wakil dari sabah

 

Adik Mohammad Zulfaizh bin Muhammad Juslin dan adik Nur Afrina Hanim binti Muhammad Faiza