saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Pada 30 Mei 2014 hingga 1 Jun 2014 yang lepas, Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama Muslim Care Malaysia Society dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Kota Belud telah mengadakan Program Ziarah Mahabbah dan Misi Dakwah & kemanusiaan Sabah di Pulau Mantanani, Kota Belud, Sabah.

Objektif utama program ini ialah untuk mewujudkan perhubungan dan rangkaian dakwah yang lebih tersusun dan mengurangkan beban tanggungan keluarga fakir miskin, ibu tunggal & saudara baru serta menyuburkan rasa kasih sayang dan semangat persaudaraan dengan kumpulan sasaran di dalam suasana mahabbah dan mawaddah.

Antara pengisian yang dijalankan ialah Klinik Pergigian, Mobile klinik, Majlis Berkhatan, Tahsin Al-Fatihah, Klinik Smart Solat dan penyampaian sumbangan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Shamsuri bin Ghazali, Penolong Pengarah Jakim Cawangan Sabah.Turut hadir ialah Tuan Hj Zulkifli bin Wahijan, Bendahari Agung Muslim Care,Tuan Hj Abdul Razak Mohamed, Setiausaha1 Muslim Care dan Rusmin Bin Ambi, Imam Rawatib JHEAINS Kota Belud.

Sumbangan berupa Al-Quran, buku-buku agama, kelengkapan solat dan barangan keperluan harian turut diberikan kepada penduduk yang berkeperluan.

 

1001

Tahsin Al-Fatihah yang dijalankan

 

 

1002

Fasilitator turut mengendalikan Klinik Smart Solat

 

 

1003

Seorang peserta yang mengikuti Majlis Berkhitan

 

 

1004

Rombongan turut menziarahi warga emas

 

 

1005

Perasmian oleh Ustaz Mohd Shamsuri bin Ghazali

 

 

1006

Antara penerima sumbangan yang disampaikan oleh Tuan Haji Zulkifli bin Wahijan

 

 

1009

Antara pemandangan indah di Pulau Mantanani