saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

     Satu ceramah berkaitan dengan penyalahgunaan dadah telah diadakan pada 06 Jun 2014 bersamaan dengan hari jumaat di Masjid Baitur Rahman, IPDAS. Ceramah ini telah disampaikan oleh pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan selepas solat maghrib.


     Antara intipati ceramah tersebut adalah penerangan tentang bahaya dadah kepada individu yang mengambilnya. Selain itu, jenis-jenis dadah juga turut diperkenalkan kepada mahasiswa/i IPDAS di samping membuka gerai pameran sebagai satu inisiatif untuk memberikan informasi dan pendedahan kepada mahasiswa/i. Apa yang menarik dalam slot ini ialah beberapa orang bekas penagih dijemput hadir bagi memberi perkongsian pengalaman semasa menjadi penagih dadah suatu ketika dahulu. Kini, mereka dilantik menjadi mentor AADK Negeri cawangan daerah Keningau.


     Ceramah ini diakhiri dengan jamuan yang disediakan oleh pihak AADK dan IPDAS. Pertukaran cenderahati juga tidak dilupakan sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan bersama. Semoga ceramah yang bermanfaat ini dapat diadakan lagi untuk masa hadapan.

 

 aadk

aadk

aadk

aadk

aadk