saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Satu perjumpaan rasmi bulanan telah diadakan pada 10 Jun 2014 (Selasa) di Dewan Utama IPDAS bermula pada jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi. Saudara Mohd Hizami Al-Khairi bin Al-Yamin telah membentangkan aktiviti dan program yang telah berlangsung sepanjang bulan Mei. Penyelaras Unit Hal Ehwal Pelajar; Ust Bakri bin Amboala dan Pemangku Pengetua; Ust Rosman bin Hj Suni juga turut mengulas perlaksanaan program yang telah dijalankan. Selain itu, beliau turut mengalu-alukan kedatangan mahasiswa/i baru ke IPDAS.

Sebelum perjumpaan berakhir, sambutan Hari Guru peringkat IPDAS turut diselitkan di mana ia diketuai oleh mahasiswa/i Diploma semester 3. Walaupun sambutan mengejut ini diraikan selepas tarikh sambutan Hari Guru yang sebenar (16 Mei 2014), namun penghargaan dan ucapan terima kasih daripada semua mahasiswa/i tetap dikenang.