saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Majlis Perwakilan Pelajar IPDAS telah mengadakan Hari Puteri bermula pada 13 Jun hingga 15 Jun 2014. Program ini diketuai oleh Timbalan Presiden II; Saudari Nurfizriena binti Jusrin. Turut bersama menjayakan program ini ialah barisan pensyarah wanita bagi menyokong perlaksanaan program. Program ini diadakan sepenuhnya di IPDAS dengan menggunakan prasarana yang ada seperti masjid dan dewan utama.

Terdapat tiga objektif utama yang telah dicapai dalam program ini iaitu mengeratkan silaturrahim di kalangan siswi sijil dan diploma, memupuk kesedaran manisnya ukhuwah yang terjalin dan sebagai wadah dalam menyampaikna mesej dakwah kasih sayang. Dapat dilihat di sini, semua mahasiswi mampu bekerjasama dalam kumpulan masing-masing walapun terdiri dari peringkat pengajian yang berbeza; sijil dan diploma.

Antara aktiviti yang dimuatkan sepanjang Hari Puteri adalah tayangan video 'Dua Kalimah' yang bertujuan untuk memberikan pengajaran kepada para peserta. Selain itu, aktiviti riadah juga diselitkan dalam usaha untuk melahirkan mahasiswi yang sihat dan cerdas. Bagi mengeratkan lagi ukhuwah silaturrahim sesama peserta dan pensyarah, aktiviti barbeku turut diadakan pada malam terakhir program. Hari Puteri IPDAS 2014 ini telah dirasmikan dengan sempurna oleh Ustazah Dygku Ezharrinna binti Awgku Matarsat, selaku wakil pensyarah wanita IPDAS. Adalah diharapkan agar program seumpama ini menjadi wadah buat semua mahasiswa.

 

 puteri

puteri

puteri

puteri

puteri