Mesyuarat Sebut Harga Kerja-kerja Pembaikan dan Lain-lain Kerja di IPDAS

COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Seramai 14 orang kontraktor telah menghadiri mesyuarat sebutharga kerja-kerja pembaikan dan kerja-kerja lain di IPDAS bertempat di bilik mesyuarat IPDAS pada 16 Jun 2014 yang lalu. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Sanin Bin Lias, Pegawai dari JAKIM Cawangan Sabah. Turut hadir bersama ialah Encik Adam, jurutera dari JAKIM Putrajaya. Mesyuarat bermula pada jam 11 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari.

Lawatan tapak pembaikan turut diadakan bertujuan untuk melihat kerja-kerja pembaikan yang berkaitan. Antara kerja pembaikan yang dikenalpasti ialah kerja mengecat blok kelas, laluan gajah menyusur (blok kelas), wiring dewan makan dan pembaikan 10 buah rumah kakitangan. Keputusan sebutharga ini akan dikeluarkan selepas 23 Jun 2014.
Adalah diharapkan agar kerja-kerja pembaikan ini dapat dilaksanakan dengan kadar segera agar tugasan yang dijalankan dapat diselesaikan dengan sempurna.