saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Pada 27 Jun 2014 bersamaan 29 Syaaban 1435H yang lepas, Jakim Cawangan Sabah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu telah mengadakan Program Ceramah Ambang Ramadan 1435H dengan tajuk "PIALA RAMADAN VS PIALA DUNIA" yang telah berlangsung di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Sabah. Penceramah undangan ialah Ustaz Badlishah bin Alaudin yang merupakan penceramah selebriti terkenal tanah air.

Antara objektif utama program ini ialah untuk mengimarahkan kedatangan bulan Ramadan 1435H dan untuk menyuburkan budaya cintakan ilmu dalam kalangan masyrakat Islam di Sabah.

Program ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Y.B Datuk Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah dan Y.Bhg. Ustaz Norjeli bin Dais, Penolong Pengarah Kanan Jakim Cawangan Sabah, Tuan Haji Jamal bin Tun Haji Sakaran, Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan Ketua – Ketua Jabatan Kerajaan.

 

Ceramah 1

Ceramah 2

Ustaz Badlishah bin Alaudin sedang menyampaikan ceramahnya

 

 

Ceramah 3

Ceramah 4

Antara orang ramai yang hadir

 

 

Ceramah 5

Y.B Datuk Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif, turut hadir memeriahkan majlis

 

 

Ceramah 6

Penyampaian cenderahati kepada penceramah

 

 

Ceramah 7

Gambar kenangan bersama penceramah sebelum bersurai