saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

               Institut Pengajian Islam & Dakwah Sabah telah berjaya melaksanakan Majlis Ihya Ramadhan pada 05 Julai 2014 bersamaan dengan 07 Ramadhan 1435 Hijrah. Majlis ini berlangsung di Dewan Utama IPDAS bermula pada jam 5.30 petang. Majlis gemilang ini turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Kanan JAKIM Cawangan Sabah; Ust Norjeli bin Hj Dais (selaku perasmi majlis) dan Penolong Pengarah Unit Dakwah; Ust Shamsuri bin Ghazali.

          Dalam majlis tersebut, pihak IPDAS telah menyerahkan sumbangan kepada Syarikat Hidayah Corporation (kontraktor dewan makan), Syarikat Bersatu Setia Enterprise (kontraktor pembersihan) dan Syarikat Visi L.A Security Force Sdn. Bhd (kontraktor keselamatan) serta kakitangan, pensyarah dan pegawai IPDAS. Pihak JAKIM Cawangan Sabah juga turut mengambil peluang untuk menyerahkan sumbangan khas kepada mahasiswa/i yang terpilih dan sumbangan sejadah kepada Masjid Baitur Rahman IPDAS.

          Pihak penganjur turut mengambil peluang ini untuk menayangkan semula filem pendek baru bertajuk 'Yes, kami datang!!!' yang telah dilancarkan pada 01 Ramadhan yang lalu. Filem ini merupakan hasil cetusan kreatif Saudara Norazuwan bin Mohd Yusof (siswa diploma semester 1). Ia merupakan gabungan lakonan mahasiswa sijil dan diploma IPDAS sendiri. Secara ringkasnya, filem ini menceritakan tentang kedatangan bulan ramadhan yang memberikan banyak kelebihan sekaligus membuka pintu hati dua watak utama untuk mengubah gaya hidup mereka.

IHYA RAMADHAN

SUMBANGAN KEPADA MASJID

majlis ihya ramadhan

majlis ihya ramadhan

majlis ihya ramadhan