saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

          05 September 2014 merupakan tarikh terakhir perkhidmatan seorang pegawai IPDAS iaitu Ustazah Norfazilah binti Made. Beliau memegang jawatan sebagai Penolong Penyelaras Hal Ehwal Akademik. Dalam majlis tersebut, beliau turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga IPDAS yang telah banyak membantu beliau samada secara langsung mahupun tidak langsung. Jasa yang beliau curahkan sangatlah besar terutamanya dalam membangunkan sistem akademik IPDAS walaupun menyedari masih ada lagi kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki.

          Sebagai tanda penghargaan dan kenangan, pihak pengurusan IPDAS dan Kelab Kebajikan Kakitangan IPDAS telah memberikan hadiah kepada beliau. Dalam masa yang sama juga, pihak pengurusan turut mengambil kesempatan untuk menyerahkan sumbangan kain pasang kepada semua kakitangan atas kerjasama dalam menjayakan Majlis Konvokesyen Kali ke-12 pada bulan Mac lalu. Pihak IPDAS turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustazah Norfazilah di atas perkhidmatan beliau selama beberapa tahun berada di IPDAS dan didoakan semoga beliau akan terus sukses dalam bidang kerjaya yang diceburi. Beliau akan ditempatkan di Jabatan Penjara Tawau bermula pada minggu hadapan.