saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

           Kelab Kebajikan IPDAS telah mengadakan majlis 'Welcome Drink' khusus bagi pegawai baru iaitu Ustaz Tamrin bin Tani. Dalam masa yang sama juga, sambutan hari lahir lima orang staf IPDAS turut diraikan pada 14 November 2014 (Jumaat) di Bilik Mesyuarat. Salah seorang daripadanya ialah Ustaz Rosman bin Hj Suni; Pemangku Pengetua IPDAS. Majlis ini diadakan selepas perhimpunan doa pagi.

           Pegawai baru ini ditempatkan di bawah unit Hal Ehwal Akademik selaku Penolong Penyelaras. Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk mengalu-alukan kedatangan pegawai baru bagi sama-sama berkhidmat dan menabur bakti di bumi IPDAS. Sambutan hari lahir pula bertujuan untuk meraikan ulang tahun kelahiran di samping mengeratkan ukhuwah silaturrahim yang sedia terbina. Semoga majlis seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.