KURSUS KEPIMPINAN ISLAM MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Unit Hal Ehwal Pelajar telah berjaya melaksanakan Kursus Kepimpinan Islam Majlis Perwakilan Pelajar pada 13  hingga 16 Februari 2015 bertempat di Pusat Latihan Islam Kundasang. Seramai 24 orang peserta dan lapan orang urusetia telah terlibat dalam kursus ini. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Zulaini bin Yaacob, Pemangku Pengetua IPDAS di Dewan Utama PLI Kundasang.

Sepanjang empat hari berkampung di Bumi Kundasang, para peserta telah dihidangkan dengan ceramah yang pelbagai. Antaranya ialah ceramah Teknik Pengucapan Awam oleh Ustazah Dygku Ezharrinna binti Awgku Matarsat, pensyarah Dakwah, Pengurusan Masa oleh Encik Mohd Hafizi bin Norudin, pensyarah Bahasa, Kepimpinan oleh Encik Ramizul bin Ali, Penolong Penyelaras Unit Hal Ehwal Pelajar dan Pengurusan Majlis dan Protokol oleh Ustaz Mohd Fadhli bin Yusof, Unit Perhubungan Jakim Cawangan Sabah. Urusetia turut mengambil kesempatan yang ada untuk mengadakan lawatan ke Desa Cattle, Alphine Homestay, Kiram’s Village Homestay dan kebun sayur di sekitar Kundasang. Diharapkan agar perlaksanaan kursus ini mampu memberikan suntikan semangat kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan cemerlang sepanjang berada di IPDAS.

Peserta Kursus Kepimpinan Islam

Ceramah Teknik Pengucapan Awam

Lawatan ke Desa Cattle

Ceramah Pengurusan Majlis dan Protokol

Mock Meeting oleh Barisan Urusetia