saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Seramai 43 orang mahasiswa mahasiswi Diploma Pengajian Islam dan Dakwah Sabah Semester 3 telah menjalankan program pra amali dakwah di SMK Agama Keningau pada 07 hingga 09 Ogos 2015. Program ini dianjurkan oleh Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah dengan kerjasama SMK Agama Keningau. Program ini telah dirasmikan oleh Ustaz Haidon bin Hadi Sapiri, Pengetua SMK Agama Keningau. Dalam ucapan tersebut, beliau berharap agar program seumpama ini dapat dijadikan sebagai program tahunan bagi pelajar tingkatan satu.

Terdapat tiga objektif utama program ini dilaksanakan iaitu menyampaikan maklumat berkaitan persiapan bagi seorang daie, mentarbiah para peserta untuk mempraktikkan akhlak Rasulullah dan mempraktikkan beberapa kaedah dakwah dalam lapangan masyarakat yang telah dipelajari oleh mahasiswa/i IPDAS. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya kerana semua slot yang dirancang dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa/i IPDAS yang bertindak sebagai fasilitator. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak Jakim Cawangan Sabah, IPDAS dan SMK Agama Keningau atas sokongan yang diberikan. Semoga usaha murni ini akan dikira sebagai amal dakwah untuk menegakkan agama Islam.

Barisan Fasilitator dan Urusetia Program

Peserta Terbaik Kategori Lelaki

Ikrar Penutup Program oleh Para Peserta Kursus

Latihan Dalam Kumpulan

Tazkirah Maghrib oleh Saudara Suhaimi Bin Sempin