saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah telah mengadakan sambutan Hari  Raya Merdeka pada 15 Ogos 2015 bersamaan 30 Syawal 1436 Hijrah di Dewan Utama IPDAS. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Norjeli bin Hj Dais, pengetua Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah mewakili Yang Berbahagia Ustaz Halim bin Ahmad. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Tadbir Agama Daerah Keningau, Guru KAFA dan Guru Takmir Daerah Sook dan Keningau, pengurus Syarikat Bersatu Setia Enterprise, wakil-wakil Kampung Menawo Ulu, Kampung Menawo Laut dan Kampung Menawo Tengah.

            Dalam majlis perasmian tersebut, Yang Berbahagia Pengetua menyatakan ucapan terima kasih beliau kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung mahupun  tidak langsung bagi menjayakan majlis tersebut. Dalam majlis ini juga, sumbangan duit raya turut diberikan kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Persembahan dari kalangan pelajar juga turut disajikan bagi memeriahkan suasana raya merdeka kali ini. Selain itu, IPDAS telah membuka lima gerai makanan yang menyediakan pelbagai jenis juadah termasuklah ketupat pulut, satay, kuah kacang, soto dan kuih raya. Perkara pokok yang penting di sebalik perlaksanaan program ini ialah hubungan silaturrahim yang terbina di kalangan pihak penganjur dan para tetamu yang hadir. Semoga majlis kemasyarakat seumpama ini menjadi batu loncatan dalam menyemai syiar dakwah khusunya di bumi Sabah. 

Ketibaan perasmi Majlis Raya Merdeka

Penerima Duit Raya

Suasana Majlis Raya Merdeka

Suasana Majlis Raya Merdeka

Persiapan raya merdeka