MAJLIS IFTAR JAMAIE IPDAS 2015

COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Majlis Iftar Jamaie Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah telah dilaksanakan pada 08 Julai 2015 bersamaan 21 Ramadhan 1436 Hijrah. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Norjeli bin Hj Dais, Pengetua Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah mewakili Yang Berbahagia Ust Halim bin Ahmad, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia  Cawangan Sabah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ustaz Shamsuri bin Ghazali, Penolong Pengarah Kanan Unit Dakwah Jakim Cawangan Sabah. Majlis ini dimulakan dengan bacaan khatam al-Quran di bawah pimpinan Unit Pusat Islam IPDAS.

Dalam majlis tersebut, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada semua mahasiswa dan mahasiswi IPDAS. Sumbangan tersebut telah diterima oleh saudara Mohd Aiman bin Azhar, mewakili mahasiswa sementara saudari Masleha binti Yusof mewakili mahasiswi. Turut diselitkan ialah tayangan video pendek hasil cetusan kreatif mahasiswa IPDAS. Majlis ini diakhiri dengan jamuan berbuka puasa secara berjemaah. Marhaban ya Ramadhan.