saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu, PLILD telah mengadakan Wacana Ilmu dan Majlis Sambutan Hari Raya Aildilfitri pada 13 Ogos 2015. Program ini diisi dengan ceramah Syukur Bertambah Makmur disampaikan oleh Ustaz Sudirman bin Moh Saleng, Imam daerah Lahad Datu.

Program dihadiri ketua-ketua jabatan, penjawat awam dan masyarakat setempat dari daerah Lahad Datu. Objektif program ini ialah untuk memberi kefahaman tentang konsep dan kepentingan bersyukur dan menerapkan penghayatan ibadah-ibadah sunat sebagai tanda bersyukur di samping mengeratkan silaturahim dan kerjasama antara jabatan kerajaan dan masyarakat setempat  dengan Jakim. Semoga dengan kedatangan Syawal pada kali ini akan memupuk semangat persefahaman dan kerjasama antara jabatan dan masyarakat ke arah kejayaan transformasi negara.

RayaPLILD2015 3

 

RayaPLILD2015 2

 

RayaPLILD2015 1