KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PELATIH PLD KUDAT 2015

COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Sekali lagi pelatih aspura dan aspuri PLD Kudat seramai 188 orang didedahkan dengan kemahiran Pengurusan Jenazah (Fardhu Kifayah) pada 25 Ogos 2015 yang dipimpin oleh pendakwah bebas Ustaz V.Agus Kurniawan bin Haririn bermula jam 8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang hari yang sama.

Di antara pengisian program tersebut, sehari sebelum bermula beberapa orang pelatih aspura dikehendaki untuk menggali kubur mengikut sukatan jenazah yang akan dipelajari dimana mereka akan dipimpin hingga cara-cara pengebumian jenazah serta praktikal membaca talkin. Di samping itu juga pelatih-pelatih diberikan latihan kemahiran untuk penyediaan kain kafan,memperkenalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk memandikan jenazah serta amali solat jenazah.

Program ini telah ditangguhkan oleh Pengetua PLD Kudat Ustaz Nik Ismail bin Jusoh dengan harapan program seperti ini wajar diteruskan supaya semua pelatih dapat mempraktikkannya di kampung halaman masing-masing setelah menghabiskan pengajian di PLD Kudat.

IMG 20150825 WA00121

 Pelatih khusyuk melihat cara-cara mengkafankan jenazah

IMG 20150825 WA00111

Penceramah mengajar teknik menyukat jenazah

IMG 20150902 WA00081

Pelatih belajar cara mengebumikan jenazah

IMG 20150902 WA00131

Pelatih mengusung jenazah ke tanah pengkebumian

IMG 20150902 WA00091

Wajah-wajah team "Penggali Kubur"