KURSUS METODOLOGI DAKWAH 1/2015

COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Para imam berkursus lagi di PLILD. Kali ini, Imam-imam dari daerah Sandakan seramai 26 orang telah mengikuti dengan jayanya Kursus Metodologi Dakwah yang diadakan bermula 18 hingga 20 Ogos 2015. Kursus selama 3 hari 2 malam ini diisi dengan sesi ceramaholeh Ustaz Sudirman bin Moh Saleng dan latihan dalam kumpulan yang dikendalikan oleh Penyelaras Kursus PLILD.

Kursus ini berobjektifkan;

1) Memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai teknik-teknik penyampaian mesej dakwah dengan lebih berkesan,

2) Mempertingkatkan pengetahuan peserta mengenai aspek psikologi dakwah, dakwah bil hal dan keupayaan berkomunikasi dalam melaksanakan dakwah kepada masyarakat non muslim dan saudara baru, dan;

3) Melahirkan pendakwah yang bermotivasi, cekal dan tabah dalam menyebarkan mesej Islam dikalangan etnik minoriti.

Diharapkan dengan pendedahan melalui sesi ceramah dan perbincangan dalam sesi LDK akan membuka minda para peserta untuk lebih kreatif dan bergerak proaktif dalam mendekati sasaran dakwah.

metodologi dakwah

Metodologi Ddakwah 1

Metodologi Ddakwah 2