Panorama awal Pusat Latihan Kundasang
Pusat Latihan Dakwah Kundasang (PLDK) telah dibina oleh Kerajaan Negeri Sabah dan ditadbir oleh Majlis Ugama Islam Sabah pada tahun 1984 dengan tujuan untuk dijadikan pusat pemulihan dadah, namun hasrat tersebut tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada tahun 1987, MUIS telah menyerahkan kompleks pusat latihan kepada BAHEIS dengan tujuan digunakan sebagai Pusat Latihan Dakwah.
PEMBINAAN SEMULA
Pada tahun 1992, dengan peruntukan sebanyak RM 700 000.00 daripada bantuan Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) dan Unit Perancangan Ekonomi (UPEN), kompleks tersebut telah dibaikpulih dan dibina semula. Walaubagaimanapun pada tahun 2001, kompleks ini telah dilanda ribut dan mengakibatkan kerosakan yang teruk. Maka pihak JAKIM telah mengambil keputusan untuk membina semula PLDK dengan kos RM 15 juta serta penambahan beberapa bangunan baru seperti dewan makan, rumah tetamu dan penginapan peserta yang lebih selesa.
Pusat Latihan Kundasang dalam pembinaan semula
Pusat Latihan Kundasang sekarang
Projek ini siap dibina pada September 2006 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2007. Malah PLDK kini telah dikenali sebagai Pusat Latihan Islam Kundasang bagi membezakan di antara PLD Kudat dan Keningau daripada sistem pembelajaran yang dijalankan yang menggunakan kaedah kursus jangka pendek.
Berperanan Sebagai Sebuah Pusat Latihan Yang Unggul Dalam Membangun Modal Insan Ke Arah Melahirkan Ummah Yang Progresif Dan Berakhlak Mulia
Memperkasa kualiti modal insan, pengurusan dan pentadbiran hal ehwal islam di sabah melalui sistem latihan yang komprehansif dan profesional
Meningkatkan kualiti modal insan, pengurusan dan pentadbiran agensi kerajaan, badan berkanun, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin dan masyarakat setempat berdasarkan ajaran Islam.
Memberi kefahaman dan kemahiran kepada masyarakat berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Melahirkan peserta kursus yang berilmu dan menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Golongan sasar adalah seluruh masyarakat negeri Sabah yang terdiri daripada :
Pegawai dan kakitangan kerajaan, swasta serta badan berkanun.
Pegawai agama, imam, bilal dan AJK Masjid.
Pemimpin masyarakat, belia, wanita, pelajar, pelatih PLD dan saudara baru.
Blok Pentadbiran
Pejabat Am
Bilik Pengetua
Billik Pegawai dan Pembantu Pegawai
Bilik Syura / Mesyuarat
Pusat Sumber
Makmal Komputer
Blok Kuliah
Bilik Kuliah Utama
Bilik Kuliah Kecil
Bilik Sindikit / LDK
Koperasi
Dewan Jamuan
Dua Blok Penginapan Peserta (96 peserta)
Dewan Makan Peserta
Surau
Dewan Serbaguna
Padang Permainan
Rumah Tamu
Rumah Pegawai dan Kakitangan