saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print
Program Sambutan Aidilfitri PLD Kudat dengan kerjasama Unit Dakwah JAKIM Cawangan Sabah merupakan platform terbaik bagi meningkatkan silaturrahim di kalangan masyarakat setempat. Selain itu, program yang dianjurkan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ketua-ketua jabatan dan agensi di Kudat. Program Sambutan Aidilfitri PLD Kudat ini turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Daerah Kudat YBhg. Sapdin bin Ibrahim dan isteri. YBhg. Ustaz Nik Ismail bin Jusoh, Pengetua PLD Kudat di antara ucapan aluannya telah menyentuh objektif penganjuran program ini seperti berikut:
 
1. Meningkatkan syiar Islam melalui sambutan perayaan dalam Islam.
2. Mewujudkan suasana harmoni dengan penglibatan masyarakat bukan Islam.
3. Memberikan pendedahan dan penghargaan dengan meraikan golongan pelatih berstatus saudara baru.
4. Meningkatkan hubungan silaturrahim dengan masyarakat setempat dan juga ketua-ketua jabatan dan agensi.

Program ini telah dilaksanakan pada 15 Ogos 2015 bersamaan 30 Syawal 1436H di dewan serbaguna PLD Kudat dengan penglibatan 200 pelatih dan lebih kurang 78 orang masyarakat setempat dan ketua-ketua jabatan/agensi dari Kudat. Sambutan meriah dari pelatih-pelatih PLD Kudat dengan menyediakan kelengkapan terbaik cukup memberi kesan kepada semua hadirin yang hadir.

IMG 20150815 WA0087

IMG 20150831 WA0023

IMG 20150815 WA0117

IMG 20150815 WA0048

IMG 20150815 WA0085