saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

 

“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku” 

(Az-Zariyat: 56)

 

Ibadah dalam Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang berbeza sama sekali daripada konsep ibadah di dalam agama dan kepercayaan yang lain. Menurut Islam, banyak perkara yang ditakrifkan sebagai ibadah asalkan ia dilakukan kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Ibadah yang paling utama ialah solat. Semua individu Muslim wajib mendirikan solat walaupun dalam keadaan sakit.

Justeru, satu Bengkel Ibadah Pesakit telah diadakan pada 23 hingga 24 Februari 2016 yang lalu bertempat di PLI Lahad Datu. Pengisian bengkel telah diterajui oleh Ustaz Sudirman Bin Moh Saleng dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) Lahad Datu. Seramai 35 peserta yang terdiri daripada kakitangan awam dan orang awam, telah menghadiri bengkel berkenaan.

 

 

Tujuan program ialah untuk menerangkan panduan dan kaedah mudah yang dibenarkan oleh syarak dalam melaksanakan solat walaupun dalam keadaan sakit. Para peserta telah memberikan komitmen yang terbaik di sepanjang program ini berlangsung serta turut mengambil peluang mengikuti sesi praktikal ibadah solat pesakit. Slot-slot praktikal tersebut termasuklah cara bertayamum yang betul hingga ke semua kaedah solat ketika sakit. Semoga program ini memberi manfaat kepada peserta.