saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Pusat Latihan Islam Lahad Datu telah berjaya melaksanakan Kursus Penyampaian Khutbah Berkualiti Siri 1/2016 kepada 37 peserta yang terdiri daripada imam-imam di kawasan pantai timur Sabah seramai. Para peserta sangat teruja dan telah memberikan komitmen yang tinggi dalam semua slot kursus yang dijalankan.

 

 

Antara pengisian kursus berkenaan termasuklah sesi ceramah, latihan dalam kumpulan (LDK) dan slot latihan amali serta bimbingan para peserta. Semua pengisian dan latihan telah dibimbing dengan baik oleh dua orang tenaga pengajar yang berpengalaman iaitu Ustaz Mohammad Fadzli Bin Tikson, PPM Lahad Datu dan Ustaz Sudirman Bin Moh Saleng dari JHEAINS Lahad Datu.

 

 

Objektif utama kursus ini ialah untuk memantapkan penyampaian khutbah para imam agar ianya lebih berkesan dan menyentuh jiwa masyarakat yang mendengarnya. Selain itu, ia juga akan menjadi medium dakwah yang ampuh di dalam masyarakat.