saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Buat julung kalinya Jakim Cawangan Sabah melalui Pusat Latihan Dakwah Kudat melaksanakan program bagi mendapatkan pengiktirafan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Usaha mendapatkan pengiktirafan ini adalah salah satu daripada Key Performance Indicator (KPI) jabatan ini pada tahun 2016.

 

Idea awal pelaksanaan program ini telah diilhamkan oleh Pengetua PLD Kudat sendiri, Ustaz Nik Ismail Bin Jusoh. Beliau bersama seluruh warga PLD Kudat telah memulakan gerak kerja EKSA ini sejak tahun 2015 lagi. Objektif utama program ini ialah untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran para pelatih yang majoritinya merupakan Saudara Kita dapat berlangsung dalam keadaan kondusif dan ceria walaupun berteraskan bangunan yang telah berusia melebihi 30 tahun.

 

 

 

 

PLD Kudat telah melaksanakan kerjasama pintar bersama Hospital Daerah Kudat bagi memastikan usaha ini berjaya. Ternyata ianya amat bermanfaat kerana pihak hospital berkenaan sangat membantu dalam membimbing dan menambahbaik dalam beberapa aspek penting dokumentasi dan pelaksanaan elemen EKSA. Seluruh warga PLD Kudat termasuklah kakitangan, pensyarah dan pelatih telah memberikan komitmen melebihi 100 peratus demi menjayakan hasrat murni ini. Pelbagai program telah dilaksanakan, antaranya ialah:

 

a) Mesyuarat Penyelarasan EKSA PLDK;

b) Penubuhan J/K Induk EKSA PLDK;

c) Mesyuarat Jawatankuasa Induk EKSA PLDK;

d) Mesyuarat Jawatankuasa EKSA Peringkat PLDK (3 Siri);

e) Lawatan Penanda Aras Ke Agensi Yang Telah Mendapat Pengiktirafan EKSA;

f) Latihan, Gerak Kerja & Gotong-Royong EKSA Peringkat PLDK (20 Siri); dan

g) Sasaran Pensijilan EKSA PLDK.

 

  

 

Setakat bulan Ogos 2016, pencapaian PLD Kudat kini berada di tahap 85 peratus siap. Pada 18 – 19 Ogos yang lepas, para pelatih telah melakukan beberapa gerak kerja lagi sebagai persiapan akhir Audit Persijilan EKSA. Persijilan EKSA PLD Kudat ini dijangka akan diperolehi pada awal bulan Oktober 2016. Mudah-mudahan semuanya akan berjalan lancar dan KPI Jakim Cawangan Sabah akan tercapai, Aamiinn.