Persijilan EKSA Pusat Latihan Dakwah Kudat

COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

PERSIJILAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) PUSAT LATIHAN DAKWAH KUDAT (PLDK) JAKIM CAWANGAN SABAH

Pusat Latihan Dakwah Kudat (PLDK) ditubuhkan pada tahun 1984. Ia merupakan pusat Latihan yang berorentasikan akademik dan kokurikulum. Seramai 200 pelatih belajar di pusat Ini. 100 lelaki dan 100 perempuan. Sebahagian besar pelatih adalah muallaf dari seluruh daerah di negeri Sabah.

Pusat Latihan Dakwah Kudat mula melaksanakan EKSA pada 16 Oktober 2015. Moto EKSA PLD Kudat adalah "Bersih, Betul dan Berseri". Tujuan utama pelaksanaan EKSA adalah bagi meningkatkan mutu/ kualiti perkhidmatan Pusat ini. Seluruh warga PLD Kudat bersatu hati melaksanakan EKSA dengan penuh bersemangat. Mereka melalui beberapa kali audit dalam dan luar PLDK. Sehingga pada 18 September PLDK dan warga sangat gembira dengan sepenuhnya berjaya mendapat persijilan EKSA dari pihak MAMPU Cawangan Sabah.

Eksa 1

Eksa_2.jpg - 54.25 KB

13239192_10206204405685323_950231587782597311_n.jpg - 73.80 KB