saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Bermula 1 disember 2016 hingga 8 disember 2016, telah berlangsung sesi menandatangani penyambungan kontrak guru-guru KAFA Negeri Sabah bagi sesi 2017. Seramai lebih 2000 orang guru KAFA yang terlibat dalam sesi menandatangani penyambungan kontrak yang datang dari 37 daerah di Negeri Sabah.

Pergerakan sesi menandatangani penyambungan kontrak Guru-Guru KAFA telah berlangsung mengikut bahagian-bahagian yang telah ditetapkan. Sebanyak 6 bahagian daerah-daerah yang telah diwujudkan iaitu Bahagian Tawau yang meliputi daerah Tawau 1,2,3, kunak,semporna 1,2, Lahad datu dan Tungku. Seterusnya Bahagian Sandakan meliputi daerah Sandakan 1,2, Kinabatangan, Sugut dan Beluran. Pantai Barat Utara (PBU) meliputi daerah-daerah Kota belud 1,2,3, Kota marudu,Pitas 1,2,Kudat,Matunggung dan Pulau Banggi. Pantai Barat Selatan (PBS) meliputi daerah-daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Tamparuli, Menggatal dan Putatan. Manakala bahagian Pendalaman Bawah (PB) meliputi daerah-daerah Papar 1,2, Beaufort 1,2,Membakut dan Sipitang dan yang terakhir iaitu bahagian Pendalaman Atas yang meliputi daerah Keningau,Tenom,Tambunan,Sook/Nabawan dan Ranau 1 dan 2.

lahad datu

penyambungan kontrak Lahad datu & Tungku

PBU 

penyambungan kontrak guru-guru KAFA bahagian PBU

PBS

penyambungan kontrak guru-guru KAFA bahagian PBS

PB

penyambungan kontrak bahagian Pendalaman Bawah(PB)

PENDALAM ATAS

penyambungan kontrak bahagian Pendalaman Atas

Tahniah buat guru-guru KAFA yang menyambung kontrak bagi 2017 dan diharapkan agar guru-guru KAFA Negeri Sabah akan tetap Telus dan Amanah dalam menjalankan tanggungjaawab.