Program Pengurusan Jenazah anjuran Pusat Latihan Islam Lahad Datu , JAKIM Cawangan Sabah dengan kerjasama Persatuan Belia Kampung Bakapit telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Dewan Besar Kg. Bakapit Lahad Datu pada 26 Mac 2017 (Ahad). Program telah dihadiri seramai 80 orang belia Kg. Bakapit dan pegawai tentera darat yang berpengkalan di Kg. Bakapit Lahad Datu.
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta mengenai pengurusan jenazah dan tuntutan menyempurnakannya selain dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam mengurusakan jenazah secara tersusun dan teratur.
Antara tajuk-tajuk yang dibentangkan ialah seperti Di Ambang Kematian, Tanggungjawab Dan Prosedur Dalam Menghadapi Sesuatu Kematian serta Praktikal Pengurusan Jenazah. Kertas kerja setiap ceramah telah dibentangkan oleh tiga orang penceramah hebat yang tidak asing lagi bagi warga daerah Lahad Datu iaitu:
Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Tuan Hj Momen Hj. Angsai selaku Pegawai Pembangunan Masyarakat DUN N.49 Tungku iaitu wakil kepada YB Datuk Ustaz Hj. Mohd. Suhaili bin Hj. Said, Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah merangkap ADUN N.49 Tungku.