Pada 4 – 5 April 2017, Pusat Latihan Islam Lahad Datu dengan kerjasama Hospital Lahad Datu telah menganjurkan Bengkel Ibadah Pesakit siri 1/2017. Bengkel yang berobjektifkan untuk mendedahkan peserta mengenai permasalahan dan isu berkaitan pengurusan ibadah pesakit, mempertingkatkan kemahiran pengurusan ibadah pesakit dan memberi kefahaman terhadap konsep rukhsoh dalam ibadah telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini telah menarik perhatian 75 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Hospital Lahad Datu, Pejabat Kesihatan Lahad Datu dan Jabatan Pergigian Lahad Datu.
Bengkel pada kali ini telah diserikan dengan pembentangan kertas kerja oleh 3 orang penceramah dan juga dijalankan praktikal oleh:
Turut hadir dalam bengkel tersebut ialah Ustaz Syed Abdullah Al-Jufri Bin Said Maamor, Pengetua PLILD dan wakil dari Hospital Lahad Datu Dr. Mohd. Fauzi Mat Sani selaku Doktor Pakar Anaestasialogi Hospital Lahad Datu.