Pusat Latihan Islam Lahad Datu telah menganjurkan Kursus TOT Pengurusan Jenazah bertempat di Kompleks PLILD pada 11 – 12 April 2017. Kursus ini disasarkan kepada skim perkhidmatan hal ehwal islam yang terdiri daripada kakitangan JAKIM Cawangan Sabah, guru-guru KAFA dan imam-imam rawatib JHEAINS Lahad Datu.
Kursus TOT (Training of Trainers) ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman kepada peserta mengenai pengurusan jenazah dan kaedah menguruskannya. Proses mengurus jenazah melibatkan tugas memandi, mengkafan, menyembahyang dan mengebumikannya.
Pada kursus kali ini, para peserta juga di dedahkan bagaimana mengurus jenazah kritikal seperti jenazah yang dijangkiti penyakit HIV, penyakit kelamin, tibi dan juga jenazah yang tidak cukup sifat akibat kemalangan, kebakaran, bencana alam dan sebagainya.
Jenazah kritikal perlu diuruskan dengan bijak mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan pihak-pihak yang berkaitan.
Peserta juga melaksanakan aktiviti dalam kumpulan bagi memastikan objektif kursus yang ditetapkan tercapai. Majlis penyampaian sijil penyertaan kepada peserta telah dilampaikan oleh Ustaz Syed Abdullah Al-Jufri bin Said Maamor, Pengetua Pusat Latihan Islam Lahad Datu.