saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Pusat Latihan Islam Lahad Datu telah menganjurkan Kursus TOT Pengurusan Jenazah bertempat di Kompleks PLILD pada 11 – 12 April 2017. Kursus ini disasarkan kepada skim perkhidmatan hal ehwal islam yang terdiri daripada kakitangan JAKIM Cawangan Sabah, guru-guru KAFA dan imam-imam rawatib JHEAINS Lahad Datu.

Kursus TOT (Training of Trainers) ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman kepada peserta mengenai pengurusan jenazah dan kaedah menguruskannya. Proses mengurus jenazah melibatkan tugas memandi, mengkafan, menyembahyang dan mengebumikannya.

Pada kursus kali ini, para peserta juga di dedahkan bagaimana mengurus jenazah kritikal seperti jenazah yang dijangkiti penyakit HIV, penyakit kelamin, tibi dan juga jenazah yang tidak cukup sifat akibat kemalangan, kebakaran, bencana alam dan sebagainya.

Jenazah kritikal perlu diuruskan dengan bijak mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan pihak-pihak yang berkaitan.

  1. Kertas kerja pertama bertajuk “Diambang Kematian” telah dibentangkan oleh Ustaz Mohammad Fazli Tikson dari JHEAINS Lahad Datu;
  2. manakala Ustaz Sudirman bin Salleng menyampaikan tajuk “Tanggungjawab dan Prosedur dalam Menghadapi Sesuatu Kematian” dari JHEAINS Lahad Datu; dan
  3. Pembentangan kertas kerja ketiga bertemakan “Pengurusan Jenazah dalam Keadaan Kritikal” telah dibentangkan oleh Ustaz Mohd. Sabri Mat Daud dari Felda FGV Plantation Sdn. Bhd.

Peserta juga melaksanakan aktiviti dalam kumpulan bagi memastikan objektif kursus yang ditetapkan tercapai. Majlis penyampaian sijil penyertaan kepada peserta telah dilampaikan oleh Ustaz Syed Abdullah Al-Jufri bin Said Maamor, Pengetua Pusat Latihan Islam Lahad Datu.

IMG 20170412 WA0002

 

IMG 20170412 WA0007

 

IMG 20170412 WA0004