Orientasi merupakan satu medium yang penting bagi memberi pendedahan dan persediaan diri kepada pelatih baharu agar boleh menyesuaikan diri dalam suasana persekitaran Pusat Latihan Dakwah Kudat (PLDK).
Sehubungan itu, Minggu Orientasi Pelatih Baharu PLDK telah diadakan di Dewan Serbaguna Pusat Latihan Dakwah Kudat selama tujuh hari bermula 11 hingga 18 Januari 2018. Seramai 91 orang pelatih perempuan dan 93 orang pelatih lelaki terlibat dalam program tahunan tersebut.
Bagi melahirkan pelatih-pelatih yang berilmu, cemerlang, mempunyai keyakinan dan sahsiah diri yang tinggi mereka ini perlu dilatih, dibimbing dan diberi pendedahan dengan sikap-sikap positif agar pelatih tersebut dapat dibentuk menjadi aset yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Objektif program ini adalah:
Majlis Penangguhan Minggu Orientasi PLDK 2018
Ceramah daripada Ketua Polis Kudat
Kuliah Maghrib
Derma Darah
Latihan Dalam Kumpulan (LDK)