saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Orientasi merupakan satu medium yang penting bagi memberi pendedahan dan persediaan diri kepada pelatih baharu agar boleh menyesuaikan diri dalam suasana persekitaran Pusat Latihan Dakwah Kudat (PLDK).

Riadah2

Sehubungan itu, Minggu Orientasi Pelatih Baharu PLDK telah diadakan di Dewan Serbaguna Pusat Latihan Dakwah Kudat selama tujuh hari bermula 11 hingga 18 Januari 2018. Seramai 91 orang  pelatih perempuan dan 93 orang pelatih lelaki terlibat dalam program tahunan tersebut.

Bagi melahirkan pelatih-pelatih yang berilmu, cemerlang, mempunyai keyakinan dan sahsiah diri yang tinggi mereka ini perlu dilatih, dibimbing dan diberi pendedahan dengan sikap-sikap positif agar pelatih tersebut dapat dibentuk menjadi aset yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Objektif program ini adalah:

  • Menjalinkan hubungan silaturrahim di antara pelatih dan warga PLDK.
  • Mewujudkan semangat kerjasama di antara pelatih dan warga PLDK.
  • Membantu pelatih meneroka potensi diri dan mengaplikasikannya dengan berkesan dalam menentukan matlamat hidup dan semasa memainkan peranan di Pusat Latihan.
  • Menyesuaikan diri dengan persekitaran PLDK.

 Penangguhan2

Majlis Penangguhan Minggu Orientasi PLDK 2018

 

CeramahPolis2

Ceramah daripada Ketua Polis Kudat

 

KuliahMaghrib1

Kuliah Maghrib

 

DermaDarah

Derma Darah

 

LDK2

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)