saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Membakut, 31 Januari 2018 – Jalinan kerjasama yang utuh Jakim Cawangan Sabah bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) sekali lagi memberi impak apabila Berjaya menganjurkan Perhimpunan Amanat Pemimpin Sabah (PERHAPS) di daerah Membakut, Sabah semalam.

Hampir 500 peserta menyertai program kali ini. Antara pengisian utama program ialah sesi forum dan ucapan amanat oleh YB Datuk Haji Mohd Arifin Haji Mohd Arif, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap ADUN N24 Membakut mengenai usaha berterusan mengukuhkan peranan agensi Islam dan pelan tindakan strategik kerja yang sedia ada agar menjadi lebih baik berdasarkan saranan yang diberikan  oleh pemimpin serta memantapkan kerjasama yang telah lama wujud agar lebih erat dan kukuh dalam memartabatkan syiar Islam di Negeri Sabah.

Turut hadir ialah Datuk Hj Zainal Abidin Jaffar, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan  Insan) Jakim, Tuan Haji Mat Radzi bin Haji Mat Ali, Pengarah Jakim Cawangan Sabah dan ketua-ketua jabatan.

27336379 1910760002496568 7912659936588386018 n

27067263 1910760169163218 4189336353513238428 n

27067823 1910760062496562 6237047299502571483 n

27331695 1910760142496554 8947784816216024681 n