Kota Kinabalu – Satu perlawanan persahabatan bowling Puspanita Jakim Cawangan Sabah telah diadakan pada 18 Februari 2018 (Ahad), bertempat di U-Bowl Bowling 1Borneo Kota Kinabalu.
Perlawanan ini diserikan lagi dengan kehadiran Puan Radziah binti Mohamad Salleh, Pengerusi Puspanita Jakim Cawangan Sabah. Peserta terdiri daripada Pengerusi dan dua orang anak beliau iaitu Cik Norain Mursyidah dan adik Ridhwan Fathi, Puan Bibi Farezan, Cik Adibah dan Puan Alpidah selaku ketua biro sukan Puspanita Jakim Cawangan Sabah.
Tempat pertama dimenangi oleh Puan Bibi Farezan dan Puan Alpidah, tempat kedua dimenangi oleh Cik Adibah dan Adik Ridhwan Fathi dan tempat ketiga dimenangi oleh Puan Radziah binti Mohamad Salleh dan Cik Norain Mursyidah.