Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) bagi Daerah Kecil Tungku telah dianjukan pada 20hb Januari 2018 bertempat di SAR Kg. Dengan Tungku. Manakala MTQ Daerah Lahad Datu pula telah diadakan pada 4hb Februari 2018 bertempat di Dewan Tuan Mustapha Lahad Datu.
Pusat Latihan (PLILD) turut terlibat sebagai AJK Induk dan AJK Pelaksana bagi kedua-dua program MTQ tersebut. PLILD telah menyumbang hamper sebagai Hadiah Iringan kepada semua peserta MTQ Daerah Kecil Tungku dan Daerah Lahad Datu.
MTQ Daerah Kecil Tungku telah disempurnakan perasmiannya oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) N.49 Tungku, Tuan Haji Mumin Hj Anchai dan MTQ Lahad Datu dirasmikan oleh YBhg. Datuk Yusuf bin Apdal, Adun N.50 Lahad Datu. Semoga program MTQ ini mampu memberi impak kepada masyarakat agar terus membudayakan membaca Al-Quran dan memahami serta melaksanakan isi kandungan Al-Quran tersebut.