Bengkel Ibadah Pesakit

COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Bertempat di Pejabat Kesihatan Daerah Lahad Datu, seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan klinik-klinik kesihatan sekitar daerah ini telah menjayakan Bengkel Ibadah Pesakit yang berlangsung selama dua hari bermula pada 4 Mac 2018 dan berakhir pada 5 Mac 2018. Bengkel ini adalah anjuran bersama Pusat Latihan Islam Lahad Datu dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Lahad Datu.

IMG 20180406 WA0011

Pelbagai tajuk kertas kerja dibentangkan dalam bengkel ini oleh pembentang-pembentang yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Antaranya ialah Ustaz Fazli bin Tikson yang membentangkan kertas kerja bertajuk Kepentingan Ibadah Semasa Sakit dan Pengurusan Ibadah Pesakit. Selain daripada itu, tajuk Adab Ziarah Orang Sakit serta Pengurusan Harta Pesakit Islam telah dikupas oleh Ustaz Mohd. Sabri bin Mat Daud penceramah yang dijemput daripada Felda Plantation Sdn. Bhd. Manakala satu lagi kertas kerja bertajuk Rukhsoh Dalam Ibadah telah dibentangkan oleh Ustaz Mohd. Yunus bin Abu daripada JHEAINS Daerah Lahad Datu. Dalam bengkel ini juga, peserta telah didedahkan dengan latihan praktikal cara melaksanakan tayammun dan solat ketika dalam sakit. Amali ini telah dibimbing oleh urusetia daripada kakitangan JAKIM Cawangan Sabah sendiri.

Antara objektif Bengkel Ibadah Pesakit ini dilaksanakan adalah untuk:

  1. mendedahkan peserta mengenai permasalahan dan isu berkaitan pengurusan ibadah pesakit;
  2. mempertimbangkan kemahiran pengurusan ibadah pesakit; dan
  3. memberi kefahaman terhadap konsep rukhsoh dalam ibadah.

Bengkel yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan ini diharap dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Penutupan bengkel ini telah disempurnakan oleh Dr. Amirul Hisham, Pengarah juga merupakan Pakar Kesihatan Awam Pejabat Kesihatan Lahad Datu.

IMG 20180406 WA0010

IMG 20180406 WA0013

IMG 20180406 WA0017