saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Pada 27 hingga 29 Mac 2018, Kursus Dai’e Wanita siri 1/2018 telah dianjurkan oleh Pusat Latihan Islam Lahad Datu bertempat di Bilik Kuliah Ibn. Rusyd Kompleks PLILD. Seramai 34 peserta yang terdiri daripada guru-guru KAFA, guru sekolah agama, dan pertubuhan Islam sekitar daerah Lahad Datu seperti PERWANI dan Biro Wanita Masjid Ar-Raudhah telah menjayakan kursus pada kali ini. Para peserta telah didedahkan mengenai pengurusan dakwah yang dirangkumkan dalam enam sesi ceramah iaitu Personaliti dan Kepimpinan Daie, Metodologi Dakwah Masa Kini, Pengurusan Dakwah Strategik, Ibadah Pesakit, Solat dan Permasalahannya serta Panduan Doa dan Peranannya.

IMG 20180406 WA0003

Modul kursus telah menggunakan modul kursus Kluster Sains Dakwah dan Pengurusan Masjid, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Sasaran utama modul ini dibina adalah untuk pegawai-pegawai hal ehwal Islam dan ia merupakan kali pertama dianjurkan oleh Pusat Latihan Islam Lahad Datu. Adapun objektif kursus ini diadakan antaranya adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta mengenai pengurusan dakwah Islamiyyah. Selain itu, ia dapat menigkatkan sahsiah dan jati diri pegawai Islam Wanita. Disamping itu, objektif penganjurannya juga adalah bagi melahirkan pegawai-pegawai Islam wanita yang berilmu pengetahuan, berkemahiran dan berketerampilan.

Majlis penangguhan kursus ini telah disempurnakan serentak bersama peserta Kursus Kemahiran Imam kerana kedua-dua kursus ini berlangsung pada tarikh dan hari yang sama. Ustaz Syed Abdullah Al-Jufri bin Said Maamor, Pengetua PLILD telah berkenan untuk merasmikan majlis penutupan kursus tersebut.

IMG 20180406 WA0000

IMG 20180406 WA0001

IMG 20180406 WA0002