saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

JAKIM Cawangan Sabah dalam memartabatkan profession imam telah menganjurkan Kursus Kemahiran Imam pada 27 hingga 29 Mac 2018 bertempat di Dewan Kuliah Ibn. Khaldun, Kompleks Pusat Latihan Islam Lahad Datu. Penyertaan kali ini telah dihadiri seramai 38 orang yang terdiri daripada imam-imam Qariah dan imam-imam Rawatib dari daerah Lahad Datu dan juga daerah kecil Tungku.

IMG 20180406 WA0009

Menerusi kursus peningkatan diri tersebut, para peserta dapat meningkatkan keyakinan diri setelah mengikuti kursus anjuran bersama JAKIM dan JHEAINS ini. Di samping itu, ilmu yang diperoleh daripada kursus tersebut dapat diterapkan kepada kesemua masyarakat sebagai satu pendidikan yang utama dan penting dalam melaksanakan ibadah harian yang menepati syariat Islam. Malah, mereka yang ingin bekerja sebagai imam sepenuh masa mahupun sambilan di masjid setempat atau luar Negara juga perlu mengikuti kursus ini bagi meningkatkan kemahiran diri sendiri.

Kursus Kemahiran Imam yang padat dengan pembentangan kertas kerja dan latihan kerja dan latihan dalam kumpulan ini telah berlangsung selama tiga hari. Pembentangan kertas kerja dan pelaksanaan latihan dalam kumpulan telah dibentangkan oleh 4 orang penceramah yang terdiri daripada penceramah dalaman JAKIM Cawangan Sabah dan jemputan luar. Para penceramah yang dimaksudkan itu adalah Ustaz Alamin bin Majok, Penolong Pengarah Dakwah JAKIM Cawangan Sabah, Ustaz Julkepli bin Salali dari JHEAINS Semporna, Ustaz Mohammad Yunos bin Abu daripada JHEAINS Lahad Datu dan Ustazah Rahmatiah binti Abdi, guru agama di Sekolah Agama Rakyat Remang, Lahad Datu.

Antara tajuk-tajuk ceramah yang dibentangkan ialah konsep Imam Menurut Perspektif Islam, Etika Dan Peranan Seorang Imam, Fiqh Azan dan Iqomah, serta Solat Sunat dan Permasalahannya. Selain daripada itu, Tahsin al-Quran turut diadakan melalui latihan dalam kumpulan (LDK) untuk menambahkan lagi kemahiran dan pengukuhan ilmu para imam yang mengikuti kursus ini.

Penutupan program telah disempurnakan oleh Pengetua PLI Lahad Datu, Ustaz Syed Abdullah Al-Jufri bin Said Maamor. Beliau berkenan menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta yang menjayakan kursus tersebut. Kursus ini juga telah diakhiri dengan fotografi beramai-ramai oleh semua peserta yang terlibat.

IMG 20180406 WA0005

IMG 20180406 WA0007