Kem Tahunan Rejimen AW 516 Tahun 2018

COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

 

Pada 1 September 2018 yang lepas iaitu selama 17 hari, Rejimen 516 AW telah mengadakan Latihan Kem Tahunan 2018 bertempat di Pusat Latihan Islam Lahad Datu, Jakim Caw. Sabah. Seramai 313 orang yang terdiri daripada anggota sukarela telah mengikuti program berkenaan, daripada daerah Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau.

 IMG 20180928 WA0004

Simbolik sambutan Hari Malaysia sempena Latihan Kem Tahunan Rejimen 516 AW Tahun 2018

 

Objektif utama program ialah menguji tahap ketahanan mental anggota sukarela, menguji tahap perancangan pegawai sukarela dan menjalinkan hubungan baik diantara pegawai sukarela dan awam. Penceramah bagi latihan ini disampaikan oleh Mohd Akmal Nadzam Bin Abdullah dan Mejar Ismail Bin Rahim. Antara pengisian yang dijalankan ialah perbarisan pembukaan, ceramah keselamatan, latihan medan, jiwa murni dan pertandingan sukan. Para peserta memberikan komitmen yang maksimum kepada setiap aktiviti yang dijalankan. Turut hadir ialah seramai 95 orang urusetia bagi menjayakan latihan ini.

 

Majlis perasmian latihan berkenaan telah disempurnakan oleh Leftenan Kolonel Mohd Ridzam Bin Mat Rejab selaku Timbalan Komander Angkatan Tentera Darat Malaysia, Sabah. Leftenan Kolonel Mohd Ridzam Bin Mat Rejab juga mengharapkan latihan seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Diharapkan hubungan baik diantara tentera dan awam diteruskan dari semasa ke semasa.

 IMG 20180928 WA0003

Penyerahan cenderahati daripada Timbalan Komander kepada Pengetua PLILD

 

IMG 20180928 WA0005

Aturgerak tempur latihan Kem Tahunan Rejimen 516 AW Tahun 2018

 

PERASMIAN

Majlis Perasmian Kem Tahunan Rejimen 516 AW Tahun 2018