Kursus Aqidah Islamiyyah Siri 2/2018

COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

 

LAHAD DATU - 13-15 November 2018 yang lepas (Selasa – Khamis), Pusat Latihan Islam Lahad Datu, JAKIM Cawangan Sabah telah mengadakan Kursus Aqidah Islamiyyah Siri 2/2018 bertempat di Pusat Latihan Islam Lahad Datu, JAKIM Cawangan Sabah. Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada Perkhidmatan Hal Ehwal Islam telah mengikuti program berkenaan. Daripada Daerah Kunak dan Kinabatangan.

IMG 20181115 124538

Objektif utama program ini ialah member pendedahan tentang pegangan ahli Sunnah Wal-Jamaah, mendedahkan isu-isu penyelewengan akidah semasa dan memantapkan pegangan kepercayaan kepada akidah ahli Sunnah Wal-Jamaah. Penceramah bagi kursus ini disampaikan oleh Ustaz Mohd Fahnan Bin Abdul Wahab, Ustaz Muhammad Yunus Bin Abu dan Ustaz Alamin Bin Majok. Antara pengisian yang dijalankan ialah Aqidah, Syari’ah dan Akhlak, sejarah ahli Sunnah Wal-Jamaah, perbincangan isu-isu aqidah setempat, ancaman luar dan dalaman ahli Sunnah Wal-Jamaah dan pemantapan aqidah ahli Sunnah Wal-Jamaah. Para peserta memberikan komitmen yang maksimum kepada setiap penyampaian ceramah dan aktiviti yang dijalankan. Turut hadir ialah urusetia Pusat Latihan Islam Lahad Datu.

IMG 20181115 121437

Majlis penangguhan / penutupan program berkenaan telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Mutalib Bin Abdul Rahim selaku Pemangku Pengetua Pusat Latihan Islam Lahad Datu, Jakim Cawangan Sabah dan diakhiri dengan sesi bergambar kenangan / penyampaian sijil / sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan / dan lain-lain. Ustaz Abdul Mutalib Bin Abdul Rahim juga mengharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Serta diharapkan peserta dapat meningkatkan pemahaman aqidah ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai muslim yang berkualiti.

IMG 20181115 123240

IMG 20181115 124538