saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

 

Pada 13-15 November 2018 yang lepas iaitu selama 3 hari. Pusat Latihan Islam Lahad Datu, Jakim Cawangan Sabah telah mengadakan Kursus Kemahiran Imam 2/2018 bertempat di Pusat Latihan Islam Lahad Datu, Jakim Caw. Sabah. Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada imam sekitar Daerah Kecil Tungku telah mengikuti program berkenaan

IMG 20181115 124253

Objektif utama program ialah member ilmu pengetahuan kepada peserta mengenai tugas dan tanggungjawab seorang imam dalam aspek pengurusan masjid, mempertingkatkan sahsiah dan keterampilan diri seorang imam sebagai qudwah hasanah dan melengkapkan peserta dengan kemahiran sebagai seorang imam dan dihormati. Penceramah bagi kursus ini ialah Ustaz Alamin Bin Majok, Ustaz Julkepli Bin Salali dan Encik Lajarudi Bin Lajahidi. Antara pengisian yang dijalankan ialah Imam menurut perspektif islam, Peranan dan etika seorang imam, Garis panduan bacaan doa, Klinik al-Fatihah, Tahsin bacaan al-Quran, Stress dan cara mengatasinya dan Imam cemerlang. Para peserta memberikan komitmen yang maksimum kepada setiap aktiviti yang dijalankan.

IMG 20181115 121420

Majlis penangguhan / penutupan program berkenaan telah disempurnakan oleh (Ustaz Abdul Mutalib Bin Abdul Rahim selaku Pemangku Pengetua Pusat Latihan Islam Lahad Datu, Jakim Cawangan Sabah) dan diakhiri dengan sesi bergambar kenangan dan penyampaian sijil. Ustaz Abdul Mutalib Bin Abdul Rahim juga mengharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Serta diharapkan agar semua peserta dapat meningkatkan kemahiran-kemahiran mereka sebagai imam.

IMG 20181115 123231

IMG 20181115 123737