saiz teks :
warna teks :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
You are here:  
COM_CONTENT_PUBLISHED_DATE_ON
Print

Pusat Latihan Dakwah (PLD) Kudat atau lebih dikenali dengan Pusat Latihan Dakwah Sikuati Kudat dibina pada tahun 1979 oleh Kerajaan Negeri Sabah yang pada waktu itu Ketua Menteri Sabah adalah YAB Datuk Haris Salleh.

Pusat Latihan Dakwah Kudat pada ketika itu dibawah pentadbiran Majlis Ugama Islam Sabah ( MUIS ) sehingga tahun 1984. Asas kewujudan Pusat Latihan Dakwah Kudat pada awalnya adalah bagi memberi pendidikan asas agama Islam khususnya kepada saudara baru ( mualaf ) yang baru memeluk agama Islam di negeri Sabah.

Pada tahun 1984 Pusat Latihan Dakwah Kudat telah diserahkan pengurusannya kepada Bahagian Hal Ehwal Cawangan Sabah ( BAHEIS ) Jabatan Perdana Menteri Cawangan Sabah serentak dengan Pusat Latihan Dakwah Keningau dan Tongod. Penyerahan ini telah menyerapkan semua tenaga pengajar bagi ketiga-tiga Pusat Latihan Dakwah ke dalam Bahagian Hal Ehwal Islam secara kontrak atau tetap.

IMBASAN SEJARAH

 


Pemandangan dari udara Pusat Latihan Dakwah Kudat

Sejarah bermula pada tahun 1979 apabila Pusat Latihan Dakwah Kudat dibina oleh Kerajaan Negeri Sabah. Terletak di atas tapak seluas 50 ekar di KM 22, Jalan Sikuati – Kudat. Pentadbirannya diurus oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Setelah beroperasi selama 4 tahun di bawah pentadbiran Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), kemudiannya pada tahun tahun 1984 Pusat Latihan Dakwah Kudat telah diserahkan kepada Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri untuk diurustadbirkan.

Majlis PerasmianPenyerahan ini serentak dengan majlis penyerahan 3 buah pusat latihan yang lain iaitu Pusat Latihan Dakwah Keningau dan Pusat Latihan Dakwah Tongod., Pusat Latihan Dakwah Kudat telah dibina semula oleh kerajaan Persekutuan pada tahun 1999 dan siap sepenuhnya serta digunakan pada tahun 2002 dengan peruntukan sebanyak RM 8.72 juta. Bangunan pusat latihan dakwah yang baru ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Datuk Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah pada 14 Mei 2004 bersamaan 24 Rabiulawwal 1425 Hijrah.

VISI

Berperanan sebagai sebuah “agensi pusat” yang unggul dalam menguruskan pembangunan Hal Ehwal Islam ke arah melahirkan ummah yang prograsif dan berakhlak mulia.

MISI

Membangunan sistem pengurusan berkualiti dalam hal ehwal Islam bagi merealisasikan penghayatan islam sebagai ad-din melalui penyelidikan, pendidikan dan penggunaan teknologi maklumat.

OBJEKTIF

  • Menyampaikan ilmu dan membimbing pelatih supaya mengamalkan ajaran Islam.
  • Melatih kader-kader dakwah yang berketerampilan.
  • Melahirkan individu berilmu dan beriman serta menghayati ajaran Islam dalam kehidupan

PERANAN

  • Mempertingkatkan kuantiti dan kualiti modal insan ke arah merealisasikan hasrat kerajaan selaras dengan ajaran Islam
  • Memperkukuhkan pendidikan Islam dan penguasaan ilmu al-Quran
  • Melahirkan kader-kader dakwah yang berketerampilan, berdisiplin, berwawasan dan profesional.
  • Bekerjasama meningkatkan aktiviti dakwah dengan agensi-agensi agama Islam, jabatan kerajaan, badan berkanun, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.
  • Melahirkan individu berilmu dan beriman serta menghayati ajaran Islam dalam kehidupan.
  • Menyediakan khidmat pengurusan dalaman dan luar jabatan.

pengajianasas
Pengajian Asas Kefahaman Islam di Pusat Latihan Dakwah Kudat

PENCAPAIAN

Pusat Latihan Dakwah Kudat telah berjaya melatih seramai 1,726 orang pelatih yang telah mengikuti Kursus Asas Pengajian Islam (1999- 2006) dan Sijil Asas Pengajian & Dakwah mulai 2007 - 2008.